check it out~~

Me...

Me...

Monday, February 1, 2010

Ben@RkAH wANITA mEMerLuKaN LeL@ki..?

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada .Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.
Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik…

Wednesday, December 16, 2009

BoWlInG.....(^_^)^

tok guru aku.. ahaks...


tak cukup tnggi lagi bola tu khai (training)


champion pna, kak haz, kak jun, nad, & kak liza


12/12/09 yg lepas.. opis aku ade wat game bowling antara staff.... heheheheh hadiah lumayan yg menjanjikan wang tunai.. wang.. wang.. wang..

so untuk mencapai matlamat tu.. hampir setiap hari aku bersama opismate aku practice..... lepas balik keje je kiterorg serbu skudai bowl tue... smpi receptionist tu naik kenal muke kami.. hehhe tak payah gtaw nama.. awal2 dia dah isikan.. azrin lak mmg support abes... dia dtg siap ajarkan skil.. suh lembutkan bdn la.. rendahkn ckit bdn... n mcm2 lg.. tp tula dah tua.. so liat la bdn ni nak lembut.. hahhahahha sampai line nak baling je.. mcm2 dlm kepala aku.. takut terlebih line la.. takut bola jatuh blakang la.. tgn nak kasi tegak la.. hhehhee klu nasib n skil baik.. dptla strike n spare.. klu tak alamatnye ke longkang jua bola ku pergi.. hehehheheh

so hari pertandingan tiber.. dgn sikap aku yg sentiasa drh gemuruh nie.. tak taw nak hilangkan camne.. huhu...... aku gagahkan jua.... tp biasela.... hehhehehhe tp nasib tak bape menyebelahi aku.. yela.. aku tak ckup terror... n erti kata lain.. takde rezeki bt aku.. nway congratz.. kak haz, pna.. n kak jun.. hehheh leh blanje ayam goreng satu! hehehhehe nad ape lg kiter paw la diorang!! hehehhehe



pasni... bowling leh la jd xtivity kami yg rasmi... hehehhe bosan je p bowling.. kalah je agak kecewa p karaoke.. hahahhaahahhaha

Thursday, December 3, 2009

fabulous & gracious shasha




huhu salam...
lama dah tak upload news kat blog whiterose hehe...
bukan ape bz ngan "date" ujung thn ni.. apelagi kenduri kawen la.... hoho.. tp say sorry cgt2 pada asyraff n wife syafina... coz tak dpt attend ur wedding dear... bkn ape time tue kene p seminar kat menara tm plak.. tp syafina nampak cantik sgt... yela sepanjang aku kenal dia... dia tak pernha solek.. skali solek mmg cantik abes.... asyraff pun zaman skolah bkn main comot aku tgok.. (sowi sirap) heheheh time kawen pki tanjak... hensum tol... ehhehehehh lepas sowang.. sowang kawan kami kawen.. ehh??? kami??? heheh aku n azrin larr.... whiterose & avenrruncus..

22/11 plak kawan sekelap azrin yg kawen... "eton" @ "shasha"... sempatla jmp yusri, kuchai,duha,ct,ain,eba. katy, zaza n beberapa dak class rka dulu.... tema majlis tu sumer serba serbi pink.. paling cute tgk kendarat tmpt shasha.. yg lelaki pun pki pink.. so sweet.. hehhehehhe ape2 pun aku doakan buat sumer kawan2 yg telah menempuh alam baru berumah tangga.. semoga kowang tabah n sabar melayari bahtera cinta yg kowang kemudi bersama.. aku doakan kowang dikurniakan anak2 kapal heheh yg comel2.. untuk bantu kowang belayar bersama.. amin....




Thursday, October 15, 2009

pEMbErIaN KaSih

dari tunang tersayang... (^_^)^








hijau itu damai.. hijau itu tenang.. semoga hubungan yang terjalin ini tenang menhadapi ape jua rintangan.. dan damai hubungan itu akhirnya milik kita sayang.. (^_^)^

Wednesday, October 14, 2009

HanTaRaN hAti..

my LittLe GiVe To Him


ini sumer adlh hasil tgn aku, mak aku n adek badek aku.. hehehhe creative tak???

" jAnJi 2 HaTi "



tanggal 3/10/2009 tepat pkul 3.16 ptg aku telah pun bergelar

tunang pada MohD aZriN bin MiSKam..


awal perkenalan yg bermula dr sekolah menengah... dan 2009 menjadi detik n titik mula perhubungan ini untuk belayar lebih jauh lagi......

Ya Tuhan.. berkatilah hubungan ini... pimpinla kami atas jalan-Mu yg benar.. amin..


(^_^)^ berdebar nye saat tu toksah cter la.. aku tak leh duduk.. sakit perut je... mak aku tnye perut kosong kew.. aku cakap takla kenyg g.. terus makcik2 usik mane tak kenyang.. berdebar2 tnggu pihak lelaki smpi... (hehehe aku senyum je la.. dlm ati banyak la.. aku nak jaga make-up aku supaya tak cair nie.. gincu tak hilanag.. whakaka)

thanks bebanyak kat mak andam aku.. sue.... ko wat aku nampak "comel"
hehhehe (puji sendiri plak).. wlwpun siap awl dlm kul 12.30 bg aku tu ok dr kelam kabut nnti....

aritu aku wat ari sabtu so kengkawan ramai yg keje aritu.. nak taknak diorang p pas keje kul 1 lama tue nak tnggu diorang dtg.. cam biase yg menemani aku adik aku ppn yg 2 org tue.. hehhehe jadi pengapit kiri kanan aku la.. teman aku dok bilik.. pergh lagi satu nak cter aku betul2 dikuarantin kan aritu.. mcm suspek H1N1 plak... heheh kaki tak leh lepas pintu.. huhuhu mak aku yg diktator.. hehheheheh bukan ape mak aku cakap ikut adat jhr ppn dok bilik jgn nak kuar2... so aku turut lah perintah... (^_^)^ leh la suruh adik2 aku amikkan ape2...hehehhe time ni la nak mintak itu mintak ini.. hahhaah sowi dik....


pkul 1.30 kengkawan ku ramai yg tiba.. e-ein, noi. kak haz, nad& family, fina,kak jun & family, gjah & pakwe, azura, uthe, kak pah, n didie.. thanks kowang.. buat yg tak tersebut nama mintak maaf if sy terluper k.. ape2 pun thanks sgt2.....
heheheh rasa seronok sgt2.... tak sangka plak... kowang sanggup dtg..
terima kasih benbanyak k..... (^_^)^

akhirnye pihak lelaki pun smpi.. mak aii ter awal plak.. kul 1.35 dah smpi.... pak imam yg wakil family aku tak smpi lg.. dia dok sembelih lembu dulu.. nak taknak family azrin kene la tnggu.. akhirnye majlis pun berjalan...kakak n mak azrin masuk bilik.. tepat 3.16 ptg aku bergelar tunang owg.. hehehhehhe cam tak caye n tak sangka.. even smpi arini pun aku still tersasul panggil dia pakwe aku.. hehehhehe

pape pun syukur majlis berjalan spt yg dirancg wlwpun ade lari timer ckit.. hehheheh n pas diorg balik.. ujan rahmat plak turun.. mudah2 an majlis ni mendapat restu sumer owg.. amin......
n buat insan yg berjaya mencuri hati ini...
sayang.. thanks utk segalanya...... sy sygkan awk buat seumur hidup sy........(^_^)^

i'm back!!!!!

: SELAMAT HARI RAYA .. MAAF ZAHIR & BATIN ;.

salam....
lama dah rasanye tak taip somthin' dlm blog... erm bukan per.. bz dgn nak menjelang n menyambut hari raya... pastu bz plak dgn activity member2... pastu bz plak dgn majlis pertunangan aku... (hehehhe tu nanti aku upload pic k...)

k berbalik pada raya... kesempatan syawal ni ery nak memohon ampun maaf sekiranya ade terkasar bahasa, tersilap kata.. perlakuan yg menyakitkan ati, mintak halal makan minum n sebagainye... mintak maaf especially buat ayahbonda, adik2 ku.. n kawan2 yg aku sayangi.....
n buat insan tersayang ( kini bergelar tunang) hehhehe sy pun nak mintak ampun maaf k sepanjang perkenalan kite....lurve u always....
so raya kemana???? hehehhe aku cam biase kene balik kg dulu.... pastu ronda2 dgn kengkawan... azila, awin, kak pah... n ari lain nyer.... p umah dak2 1 clas aku dulu.. mmg best.. diorang same je.. kematangan pun meningkat.. hehhehehhehe.. sekali skala kumpul camni wat aku teringat zaman skolah dulu aku sbgi pelajar yg agak nakal.. heheh tp tak senakal azura n kowjeck.. sowi geng.. hehehhehehhe mich u all much!!
umah kowjeck!!!
umah erwan....
umah liza...
umah doli...
umah baru azura...
umah ain sajat